Friday, November 6, 2009

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

******** Entri ini telah dikarang pada 1 November 2009 dan telah di'auto publish' pada hari ini iaitu Jumaat 6 November 2009. Kredit untuk Sheila yang telah menyediakan tutorial auto publish di blognya.

Sengaja KM nukilkan tazkirah ini kerana memenuhi permintaan sepupu KM, Abang Ariffin Saidin untuk membincangkan mengenai tanggungjawab suami dan isteri dalam sesebuah rumah tangga.


Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.

Kewajipan Suami


1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.


2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya.

Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat berkerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.


3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (berkasihSayang ) berakhlak dan contoh yang baik.
la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.


4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.




5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya.

Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.


Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada pekerjaan tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak pula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada perkerjaan sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.


Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri


Apabila suami sebagai ketua di dalam rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:



1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.



2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah.

(AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).



3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.



4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga.


Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "



5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar.

Sekiranya kerja itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.



6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.



Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT.


Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Sumber: Kiriman email dari seseorang yang tidak dikenali.

WASSALAM.

13 comments:

atty's said...

entry yg bagus ..utk org mau mendirikan rumahtangga mau pun ..yg dah berumahtangga leh jadik pedoman..

ain said...

peringatan yg baik utk suami isteri dan bakal suami isteri!!

LuN said...

Terima kaseih la, entry ni boleh mmbantu pd siap2 yg tgh plan nk berumahtangga, supaya bersiap sedia dgn komitmen yg satu itu.
Insyaallah, entry ini sedikt sebanyak akan mmbantu. bujan sikit, tapi byk
hehehe =)

cHeRyNa PiReS said...

terima kasih kak na.

Again, sha rasa kak na punya entry ni sangat sesuai dibaca oleh budak2 yang nak amik SPM. dah dekat dah tu...boleh buat revision.

tp revision jugak utk org yang nak pergi kursus perkahwinan. sekurang2nya ada tafsiran dari setiap point, jadi tak ada sebab tak faham.

dan revision utk yang dah berkahwin sebab ramai yang makin lupa sejak kebelakangan nieh.

Alhamdulillah, tazkirah yang berguna utk hari Jumaat:)

ladymiaka86 said...

salam kak.. lama sudah tak menjengah ke sini.. maaf ye kak.. hope akak sentiasa sihat dlm lindungan-Nya..

entry yg bagus.. blh jd panduan utk Cik Sue juga.. *winkwink*

Zyma Saad said...

Panduan yg berguna. Thanks ye, Sayang.

:)

alang said...

Salam Kek Na. Ehem2. Entree yg sesuai utk yg nak berumah tangga.

P/s Tertarik ngn ayat telah diauto publiskn. hehe. Bahasa English yg Di Melayukan eh. :D

ku tak sempurna said...

lepas baca artikel ni, dah takyah gi kursus kahwin dah...
boleh gitu?? hikkkssss :D

ASYIQ said...

Akak dtg sini baca artikel ni time menyambut ulangtahun perkahwinan akak yg ke 16.

Kiranya satu peringatan yg baik.

TQ Na for sharing!!!

ummi afifah said...

thanks na... info yg sgt berguna, dunia dan akhirat

Ariffin Saidin said...

Tahniah Dina kerana dapat menerbitkan posting sebegini.Maaf lambat komen kerana bercuti baru baru ni. Sebenarnya banyak tanggung jawab suami isteri perlu diperhaluskan lagi. Setakat khutbah nikah mungkin tidak cukup. Kadang kadang perkara begini terlalu sensitif untk diperbincangkan maka wujudlah kekecewaan . Bila meletup dah tak boleh diperbaiki lagi. 99% sebenarnya tanggung jawab terletak kepada suami. contohnya kalau isteri tu dah tak cantik, si suami la yang kena bawa ke salon. Kalau isteri dah tak wangi, suami la kena beli perfumes sebab yang nak kan isteri wangi dan cantik adalah suami. Kalau isteri tak pandai masak, suami kena hantar isteri kursus masak memasak.
Kalau perlu Tadika Dina boleh la buat seminar ni untuk ibubapa. InsyaAllah akan mendapat sambutan.

Sasha said...

Thnks berkongsi & sbg peringatan buat semua...
artikel ni menarik... minta izin copy n paste...

fatimi estar said...

Salam,
It is a good article. Well done! Thanks for sharing.