Monday, July 13, 2009

SAMBUNGAN R.I.N.D.U. (Tekan comment, baru keseluruhan entri akan appear)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Minta maaf ye pada siapa-siapa yang kecewa dengan cerita tergantung kat click here. :) Janji tak buat lagi. Meh sambung citer.

Memperkenalkan...

Nik Zikri Aiman. Anak bujang KM ni nak ambik SPM tahun ni. Means, umurnya 17 tahun. Kawan-kawan di asrama anak yatim panggil dia Zack. Tapi KM dengan Abang lebih suka panggil dia Nik je. Di kalangan penghuni asrama tersebut, Nik boleh diharapkan untuk menjadi Imam. Inilah faktor utama yang menyebabkan Abang tertarik untuk menjadikan dia sebahagian daripada keluarga kami. Dari pemerhatian KM, Nik ni jenis yang cool dan bertanggungjawab pada adik-adik. Agak ringan tulang and willing to learn...Memandangkan dia yang sulung, KM dengan Abang letakkan harapan yang agak tinggi pada dia. Harap-harap dia akan jadi contoh pada adik-adik. Insyaallah...Satu hari nanti KM nak dia terlibat sama dalam pengurusan tadika dan taska KM.

Now, I would like to introduce my second son...

Nik Aiman Salihin. Kawan-kawan di asrama panggil dia Aiman. Tapi KM dengan Abang panggil dia Salihin. Tahun ni Salihin nak ambik PMR. So, umur Salihin baru 15 tahun. Hmm...Salihin agak lurus sedikit. Dia sendiri mengaku yang dia agak lemah dalam pelajaran. Statement dia yang paling tak boleh blah..."Saya ni tak pandai...Tapi saya ni baik, jujur dan ikhlas...". Kelebihan Salihin, kalau dia azan...merdu sangat. Sangat lah rajin...Dan pandai ambil hati orang. Dengan dia ni kita kena cakap terang-terang. Tak boleh berkias-kias. Dia tak faham bab-bab kiasan ni.... Hihihi...Kelurusan Salihin ni, kadang-kadang membuatkan dia agak lucu. Tak apa lah...Sekurang-kurangnya dia lah penghibur di kala berduka.

Dan yang terakhir @ bongsu...

Nik Aiman Izzuddin. Kami lebih suka panggil dia Izzuddin sahaja. Umur 13 tahun, tingkatan satu. Agak manja dan sedikit naughty. Maklumlah...sejak kecil lagi dia tak mendapat kasih sayang dari seorang ibu. Last year, Izzuddin berkhatan. Masyaallah...Teramatlah susah nak jaga dia sepanjang tempoh berpantang. This boy tak makan saman. Orang cakap tak boleh makan itu, tak boleh makan ini...Nanti bentan! Tapi yang tak boleh tu jugak la yang dia taram. Akibatnya, orang lain berkhatan...lebih kurang seminggu dah baik. Dia...almost a month baru sembuh. Bagi la air gamat ke, minyak gamat ke...Sama je. Dia tengok je ubat-ubat tu. Kalau orang tanya dah makan ubat ke belum? Dah sapu ke belum? Dia angguk je. Buat tak buat, belakang kira. Hahaha...KM hantar dia balik kampung, duduk dengan Mak Abah. At least, Mak lebih pakar dalam bab menjaga orang berkhatan ni.

Harapan KM dan Abang terhadap mereka bertiga:

Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Untuk Nik, kalau boleh kami nak dia teruskan pelajaran sampai ke peringkat tertinggi. Salihin pulak, kalau ada rezeki...nak sangat hantar dia belajar tahfiz. Dia suka mengaji sambil melagu-lagukan bacaan dia tu (bertarrannum) Nak ajar orang mengaji, katanya. Izzuddin...Masih terlalu awal. Belum difikirkan lagi. Tapi harap-harap dia akan mengikut jejak langkah abang-abangnya. Insyaallah...

Wink...wink! Dah habis...

WASSALAM.








28 comments:

umie said...

bagusnya kalu dapat anak angkat gitu kan...

Na Shari said...

umie...>Alhamdulillah, Amin...

ku tak sempurna said...

takde anak perempuan ke??

Na Shari said...

Ku tak sempurna...>Anak pempuan, takde .... :) Tunggu anak sendiri kot ...

Sis-Lin said...

salam Na..
mudah2 han mereka mnjd anak2 yg soleh....

||alis|| said...

even sedikit leceh menjaga anak bujang (aurat sesama muhrim), tapi islam tuh mudah. alis tahu cikna akan dapat banyak rahmah dan barakah berkat hasil menjaga anak2 ini.

hebat cita2 cikna n asben untuk mereka.
yg 2nd alis cadangkan bagus diterapkan belajar kemahiran sekali, bukan apa, untuk masa depan dia juga ;)

*alis cadangkan sebab alis dah punya 2kes pelajar tahfiz keluar pondok tak dapat job, termasuk laa adik alis yg 19thn tuh, so masukkan dia poli, ada kemahiran jugak disamping ilmu akhirat yg dia pegang.

ArPeGGiOS said...

citer la camner na boleh terpikat ngan diaorang dalam banyak-banyak penghuni di asrama itu ?

Na Shari said...

Sis Lin...>Amin... :)

alis...>Insyaallah..Betul jugak tu. Kemahiran memang penting. Tapi rasanya Salihin tak berminat bab2 teknikal...Lebih minat memasak...Mungkin elok juga kalau dia ambik kursus masakan... :) Chef in the making!

Kak Miza...>Ada cerita di sebaliknya...Agak sulit untuk diceritakan...

Sasha said...

sungguh terharu ngan nasib mereka... Sha hepi tgk ada insan yg sudi menghulurkan bantuan & berkongsi sedikt kasih sayang... Na... Very Good!!

Na Shari said...

Kak Sasha...>Thank you.

Softtouch [Hanim] said...

sejuk je hati yer kalu anak2 mcm tu...KM xtak amik yg bb ker?

Na Shari said...

Softtouch...>Baby? Tak kot...Tunggu baby sendiri :)

alang said...

Salam kak. Jaga anak yatim nie banyak dugaan. Tapi besar pahalanya. Moga kak dan abg sentiasa bahagia ya.

MAMASYAZA said...

baik hati betulla Na ni..menjaga anak-anak yatim..besar pahalanya. Akak doakan semoga Na cepat2 dpt anak seniri

CuTeMiUt78 said...

alhamdulilah... KM dpt anak2 yg sebegitu... semoga doa KM termakbul hendaknya.. :D

RHEA said...

bahagianya.. dapat anak2 sebegini.. tak tau nak kata apa.. kdg2 airmata pengganti bicara..

:')

ain said...

salam na...baru dpt bc n3 na hari ni. blog lama ada poblem. x leh sign in. ni guna blog baru.

http://ainismail.blogspot.com

akak kan bangga ngan na ni tau. rajin sungguh ambik anak angkat. akak doakan semoga na n hubby sentiasa diberkati Allah.

Na Shari said...

Alang...>Insyaallah, segala dugaan yang datang akan dihadapi dengan tabah.

Na Shari said...

MAMASYAZA...>Doa-doakan ye...Berharap sangat ni :) Thanks

CuteMiut...>Alhamdulillah..Amin :)

Rhea...>Hanya Tuhan yang tahu :)

Kak Ain...>Insyaallah...Terima kasih atas doa akak... :)

Tirana said...

Handsome anak-anak Na ni..hehehe

Ibuhani said...

x de sape yg sempurna dlm dunia ni Na.....tp anak2 angkat yg Na ambik ni akan sempurnakan hidup Na satu hari nanti....insyallah.....berkat jaga anak yatim ni

DUN Behrang 2020 said...

Keihklasan anda suami isteri akan 'dibayar' dgn kebahagiaan dan kegembiraan...insya Allah...syabas!

Na Shari said...

Kak Tirana...>Hehehe...Kalau agak2 nak berbesan dengan Na, jangan malu2 tau...Cakap je :)

Ibuhani...>Insyaallah...Berkat doa akak... :)

DUN Behrang 2020...>Alhamdulillah...Amin

ASYIQ said...

Bestnya dpt anak2 yg dah besar...jaga mereka baik2 kay...

ummumishkah said...

murninya kalian berdua ni... moga akan dapat merasa nikmat bergelar ibubapa secepat mungkin!

Na Shari said...

Kak Asyiq...>Insyaallah :)

Ummimiskhah...>Alhamdulillah...Sama-sama la kita berdoa :)

arazma @ ami m said...

magic tul... dapat anak tetiba dah besar... moga mereka berjaya dalam hidup dan dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan ..dan ..

min said...

salam...akak sy pn knl aiman dan izzuddin..sy pnh buat lawatan amal ke asrama t'sebut..pe yg akak ckp mmg btl..aiman pemalu orgny manakala izzuddin lebih cpt mesra..sgt rindu dgn adik2 kt asrama..akak kim slm kat dieorang k