Friday, November 6, 2009

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

******** Entri ini telah dikarang pada 1 November 2009 dan telah di'auto publish' pada hari ini iaitu Jumaat 6 November 2009. Kredit untuk Sheila yang telah menyediakan tutorial auto publish di blognya.

Sengaja KM nukilkan tazkirah ini kerana memenuhi permintaan sepupu KM, Abang Ariffin Saidin untuk membincangkan mengenai tanggungjawab suami dan isteri dalam sesebuah rumah tangga.


Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.

Kewajipan Suami


1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.


2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya.

Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat berkerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.


3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (berkasihSayang ) berakhlak dan contoh yang baik.
la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.


4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.




5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya.

Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.


Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada pekerjaan tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak pula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada perkerjaan sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.


Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri


Apabila suami sebagai ketua di dalam rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:



1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.



2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah.

(AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).



3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.



4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga.


Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "



5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar.

Sekiranya kerja itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.



6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.



Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT.


Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Sumber: Kiriman email dari seseorang yang tidak dikenali.

WASSALAM.

[+/-] Read More...

Tuesday, November 3, 2009

FIRST TIME BUAT KEK BATIK...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Kenapa tiba-tiba buat kek batik? Terlebih vitamin R ke? Takde la...Memang KM suka makan kek batik. Selama ni makan yang orang buat je. Tak pernah buat sendiri. Sebab memang tak tau nak buat. Nasib baik KM ni rajin merayau ke blog kawan-kawan. Kebetulan, blog Sheila tengah buat entri pasal kek batik. So, setelah diteliti...Tak susah mana pun nak buat kek batik ni. Kebanyakan bahan semua dah ada. Tinggal nak beli biskut marie je. No hal...Kedai kat depan rumah je! Okay, orang kata SHARING IS CARING kan...Ni KM publish resepi kek batik versi KM. Check it out...


Bahan-bahan:

Sebungkus biskut marie (patah 4)
1/2 cawan serbuk koko (Sheila guna milo)
1 cawan susu pekat
Butter cup

Cara-caranya:

  • Cairkan marjerin dengan api yang perlahan.
  • Bila dah cair, masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati.
  • Tuang susu pekat, kacau lagi sampai agak pekat.
  • Bila dah pekat, sejukkan terlebih dahulu.
  • Agak-agak dah sejuk, masukkan biskut marie. Kacau sebati. Tak payah buka api.
  • Masukkan dalam acuan, tekan sampai padat. (Hehehe...masa nak bagi padat tu,KM rasa jenuh sangat tau...Daripada berdiri, boleh duduk. Nasib baik tak meniarap je kat dapur tu)
  • Bila dah confirm padat, simpan dalam freezer. Kalau boleh semalaman.
Hasilnya....Tadaaaaa!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Adunan yang telah dipadatkan dengan jayanya. Sampai sekarang tak boleh lupa cara nak memadatkan benda alah ni...Tobat tak buat dah kot!


Kek batik yang telah dipotong. Tak berapa cantik sangat la. First time la katakan...

Kitorang makan ni time breakfast hari Sabtu yang lepas. Bangga giler tu masa serve kat Abang... Tak sabar nak dengar feedback. So, bila Abang baru gigit sikit Kek batik tu...KM terus tanya:

KM:Sedap tak bang...?

Abang: (Senyum)

KM: Sedap la tu...

Abang: Sedap....Tapi masin sikit.

Apakah? Jenuh dok fikir nih...Kenapa boleh masin plak. KM ambik sepotong masuk mulut...Ye la, masin sikit. Fikir lagi, apa faktor yang menyebabkan kek batik ni jadi masin.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KM: Bang, Na rasa Na ni dah terbiasa la kot. Selama ni kalau masak lauk, mesti letak garam kan? Maybe masa buat kek batik ni...Na letak garam jugak kot.

Abang: Takpe la Nur...Bukan masin sangat pun. Lemak-lemak masin.

KM: Ala...Na nak bawak gi rumah Kak Lieza ni.

Abang: Ish...Tak payah la. Masin ni.

KM: Tadi cakap tak masin sangat...

Abang: Masin la jugak...

KM: (Muncung panjang...)

Abang: Meh sini Abang ikat muncung tu dengan benang bulu kambing.

KM: (Tarik balik muncung)

Hahahahahahahahhhhhhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.....

Tak kira, lepas ni nak buat lagi! (Mula la terfikir betapa jenuhnya nak memadatkan adunan ittew!)


Wink wink...Dah habis!

WASSALAM.

[+/-] Read More...

Monday, November 2, 2009

FAMILY GET TOGETHER

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Hari Sabtu yang lepas, KM and Abang gi lunch kat rumah Kak Lieza di Kepong. Sanggup cancel appoinment dengan orang lain semata-mata nak gi umah Kak Lieza coz bukan senang nak merasa masakan Kak Lieza. Bak kata Kak Lieza, lima tahun sekali baru dapat merasa masakan dia...Wink wink!

Selain daripada kami berdua, Kak Lieza jemput Kaklong, Lun and Abang Nizam juga. Actually, Kak Lieza rajin masak kali ni sebab nak menunaikan permintaan Abang Nizam yang teringin nak makan Sup Tulang Rusuk. Insyaallah 9 November nanti Abang Nizam, wife and anak akan berangkat ke Australia untuk further study. Permintaan dia harussss ditunaikan...Kat sana bukan senang nak dapat sup tulang rusuk ni. Hihihi...

Oh, tiada idea untuk bercerita. Mari kita biarkan gambar-gambar di bawah bercerita okay!

Tersadai kekenyangan...Baru lepas makan!


Lun tengah bodek gelang kak Long...



Time ni tengah citer pasal berat badan. Abang Nizam bagi berat badan palsu. Semua tak percaya!


Sessi menimbang berat badan...Terbukti! Berat badan Abang Nizam lebih 11 kg daripada berat yang diwar-warkan sebelum ni... Hihihi. Berat badan Kak Long pun lebih 6 kg daripada berat yang diwar-warkan. Kak Long tak puas hati. Dia cakap penimbang tu tipu. Berat KM? Lepas raya, naik 4 kg. I tak tipu pasal berat badan I okay....Buat apa nak sorok-sorok. terima je kenyataan... :)

Sessi mempertikaikan berat badan masing-masing.


Time ni diorang tengah tengok KM timbang berat badan.


Sessi men'touch-up muka Kak Long sebelum tangkap gambar ramai-ramai. Tengok tu, sampai senget-senget pipi KM nak suruh Kak Long kembungkan pipi so that boleh sapu blusher...


Belakang dari kiri: Abang Nizam, Shifaa Rania, KM, Abang, Lun, Kak Long and Akmal Ardani
Depan dari kiri: Kak Rozi, Aleya Az Zahra, Johan Alif, Hazeeq Hazman, and Ahmad Arif
Yang belakang Kak Long tu la tuan rumah (Kak Lieza)...Masakan Kak Lieza untuk lunch hari tu semuanya tip top. KM makan banyak...Sampai pedih ulu hati. Haiyo...Nasib baik lepas tu Kak Lieza hidang teh cina.


Last but not least, harus la ada gambar si comel ittew!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Shifaa Rania (Anak Abang Nizam). Baru je pandai berjalan. Tak boleh duduk diam. Sampai kurus la Kak Rozi kejar Shifaa sana sini sejak dia dah pandai berjalan ni. Tengok gambar kat atas tu. Kononnya Shifaa nak buat 'peace'.Tapi tak menjadi...



Si Mata Bulat yang anti Maksu (Lun) coz Lun selalu gaduh dengan dia...

Wink wink...Dah habis!

WASSALAM

[+/-] Read More...

Friday, October 30, 2009

PERNAHKAH KITA TERFIKIR...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Salam Jumaat buat semua. Hari ni KM kongsikan sedikit tazkirah yang dipetik dari peti email KM. Check it out...

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.

Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”

Atau….

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tu nggu sampai Anda tiba di sini!!”

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”

atau…

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat !!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3.. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan
menerima musibah.
7.. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

p/s: Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

WASSALAM

[+/-] Read More...

Monday, October 26, 2009

MY BIRTHDAY...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Today is my day. Yes...I'm going to go on with my day. I'll just let the wind take me in whichever directions it wants to go.

God has granted me another birthday. Thank you God, for all that You have given me...For touching my heart in all the right places and the beauty I see. Nothing is impossible when You give and You give. And for any negative feelings, You gave me the faith to believe.

And I would like to say a very big thank you to everyone who has wished me a HAPPY BIRTHDAY via email, YM, Facebook, shoutbox and etc etc...

Sorry...Got so many chores to do. See you next time.

WASSALAM





[+/-] Read More...

Friday, October 23, 2009

RAGAM SUAMI ISTERI...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Alhamdulillah...Pagi ni ada masa sikit untuk update. Sekadar entri santai... Amboi amboi amboi! Pantang KM lambat sikit nak update, ada je yang complaint kat email ye. Awat tak complaint kat comment je? Hehehe... Just nak bercerita ragam kami berdua sebagai suami isteri. Kadang-kadang, ada perkara yang menyeronokkan... Ada pula perkara yang tak menyeronokkan. Biasa la, hidup berumah tangga...Harus cukup segala rencahnya. Barulah ianya dinamakan suatu hidangan lengkap :)

Biasanya kalau ke pejabat, Abang akan bawa bekal nasi dari rumah, hasil air tangan isteri tercinta...Selalunya, bukan Abang sorang je yang dapat makan. Dua tiga orang kawan-kawan bujang Abang pun boleh tumpang sekaki, coz KM selalu bekalkan makanan dalam kuantiti yang banyak. Itu kalau time KM rajin la. Kalau time malas pulak, cukup sekadar goreng nugget or cekodok bawang(Masih dalam kuantiti yang banyak okay... )
. Kalau lagi malas...bawak bekal air pun dah memadai.



Yang menariknya, time pergi pejabat... beg penuh dengan segala bekal.. Mana nak letak bekas nasi, bekas lauk pauk, sudu, garpu dan thumbler. Tapi, bila time balik je...kadang-kadang bila KM check beg kerja Abang...langsung takde bekas-bekas yang dibawa pagi tadi. Kadang-kadang pulak, kalau bernasib baik...Ada la thumbler atau bekas nasi dijumpai. Tapi selalunya...semua yang Abang bawak gi pejabat...mesti ada yang tak balik semula ke rumah macam tuannya... :)

Sekali...Dua kali...Boleh la kita terima. Tapi kalau dah banyak kali? Sampai dah takde bekas yang tinggal kat rumah...Apa nak buat ye?

Suatu pagi Abang bertanya... "Hari ni takde bekal ke Nur?"

Selamba KM menjawab... "Kalau ada pun, Na tak tau nak letak kat mana. Dah takde bekas langsung kat rumah ni..."

Oh...Faham pulak!

Lantas Abang bersuara... "Okay, nanti Abang bawak balik semua bekas kat office tu..."

Ada la dalam seminggu dua, Abang akan bawa balik semula segala bekas, sudu, garpu dan thumbler yang KM bekalkan... Lepas seminggu dua, perkara lama berulang kembali.

Isteri: Bekas lauk dengan sudu garpu mana Bang?

Suami: Kat office. Abang lupa nak bawak balik...

Isteri: Esok bawak balik ye Bang...

Suami: Okay...

Sehari...Dua hari...Tiga hari... Stok bekas dan thumbler sudah hampir habis.

Suatu pagi, sewaktu memasukkan bekas nasi, bekas lauk, sudu garpu dan juga thumbler ke dalam beg...

Isteri: Nanti semua bekas ni tinggal kat office ye Bang...

Suami: Okay...

Petangnya, sebaik sahaja Abang pulang dari kerja...

Isteri: Mana semua bekas?

Suami: Abang tinggal kat office...

Isteri: Yang Abang pi tinggai kat office buat apa? Ha...pi beli daun pisang banyak-banyak. Esok Na bungkus nasi dalam daun pisang je...

Suami: Laa...Nur yang suruh tinggai semua kat office kan?

Isteri: Oh, Abang tak tau ke yang Na perli Abang sebelum ni?

Suami: Mana Abang tau. Cara Nur cakap tu tak macam perli pun...Lembut je.

Isteri: (Diam sambil ketap bibir)

Suami: Lain kali cakap biar terang...

Isteri: Amboi...

Hihi...CAKAP BIAR TERANG! Ingat lagi entri ini? Rasa nak tergelak pun ada. Persoalannya di sini...Adakah kami berdua LURUS BENDUL?


Wink wink...Dah habis!

WASSALAM.







[+/-] Read More...

Wednesday, October 21, 2009

LAMANYA TAK UPDATE BLOG...KE'BUSY'AN SEDANG MELANDA!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

KM sedang busy yang teramat sangat. Tak sempat nak update blog. Kadang-kadang ada juga jengah blog kawan-kawan. Tapi tak sempat nak tinggal komen. Minta maaf ye semua...Dah nak dekat hujung tahun ni, banyak urusan berkaitan taska dan tadika yang perlu diuruskan.So, dalam tempoh dua tiga bulan ni...blog SEHARUM KAYU MANIS agak suam-suam kuku.

Oh, sekadar menjawab pertanyaan dari kawan-kawan berkaitan entri SUATU PERJALANAN. Hmm...Bukan KM lupa okay. Tapi masa agak terhad. Kalau nak buat entri santai, mungkin boleh. Tapi entri mengenai SUATU PERJALANAN memerlukan KM membuat rujukan yang terperinci, kemudian perlu diringkaskan untuk menjadi suatu entri yang mudah difahami oleh semua pembaca segenap lapisan. So, agak terbatas sikit. Insyaallah sekiranya masa mengizinkan, entri SUATU PERJALANAN akan disambung semula. Terima kasih kepada mereka yang prihatin dan 'mendesak' KM untuk menyambung entri tersebut. Tak sangka ada juga yang berminat dengan entri tersebut.

Okay...sebelum mengundurkan diri, Nah KM bagi hadiah special...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Marathon entri SUATU PERJALANAN episod 1-7 :)

EPISOD 1

EPISOD 2

EPISOD 3

EPISOD 4

EPISOD 5

EPISOD 6

EPISOD 7

Wink wink...Dah habis!

WASSALAM.









[+/-] Read More...